Friday, 6 March 2020

Al-Imran_43-186


4.3.186.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 186: 


Ringkasan tafsir;

Sesungguhnya kamu akan diuji mengurangkan dan membelanjakan harta kejalan yang dituntut oleh syarak didalam segala bidang kebajikan, derma dan bakti untuk kegunaan meninggikan darjat umat Islam dan mengawal diri  dari ancaman pencerobohan musuh.  Juga diuji pendirian kamu dengan mengorbankan jiwa raga didalam peperangan  untuk berjihad pada jalan Allah sehingga mati meninggalkan semua harta yang disayangi.
 
Sesungguhnya kamu telah mendengar cacian gangguan kata-kata yang tidak sopan dusta dan menganiaya serta membunuh nabi-nabi yang dilakukan oleh golongan orang-orang Yahudi  Nasrani dan musyrikin  yang dituruni kitab sebelum kamu.
 
Jika kamu sabar menghadapi dugaan itu, maka sesungguhnya kesabaran serta takwa itu setepat-tepat tadbir yang mesti dijadikan keazaman tiap orang mukmin kerana ternyata mengandungi kieisimewaan dan kehormatan.
 
Berkat kesabaran Nabi di Madinah itu telah menjadikan negeri itu aman damai dan bercampur gaul dikalangan masyarakat terdiri dari berbilang kaum dan agama, walau pun dalam masa yang sama ada dari golongan Yahudi Nasrani dan musyrikin menggangu dan mencerca Nabi dan orang Mukmin di kota Madinah itu.


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com