4.3.165.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 165:
Ringkasan tafsir;
Allah
menerangkan, kamu tidak usah hairan mengapa kamu menderita kekalahan dalam
peperangan Uhud dan bertanya pula dari
mana datangnya bahaya kekalahan itu ? Pada hal kamu telah pun memperoleh
kemenangan dalam peperangan badar.
Mengapakah
kamu lupakan kemenangan yang kamu peroleh dalam perang Badar itu, dan mengapa
pula kamu kehairanan ketika menderita kekalahan dalam perang Uhud dan
tertanya-tanya pula !!
Bahawa
kekalahan yang kamu alami itu adalah datangnya dari kesalahan kamu sendiri
disebabkan mereka menyalahi ketetapan yang diambil oleh Nabi dan kesalahan
berikut;
1.
ketika Nabi mengemukakan pendapatnya untuk bertahan di Madinah, tapi mereka
berkeras hendak menentang musuh diluar kota Madinah.
2.
mereka lemah menghadapi musuh, sehingga satu pertiga daripada pasukan mereka
itu mengundurkan diri.
3. mereka bertengkar sesama mereka untuk
berdamai dengan musuh dan ada pula hendak meneruskan peperangan.
4.
Sebahagian besar pasukan pemanah meninggalkan tempat pertahanan kerana tamak
harta rampasan perang.
Itulah
kesalahan mereka itu menyebabkan kematian dan kekalahan yang mereka hairankan
itu. Sesungguhnya kemenangan boleh dicapai sekiranya mereka sabar dan takut
berbuat maksiat dan kederhakaan.
Allah
berkuasa menolong kamu jika kamu tetap pendirian dan sabar menghadapi
perjuangan, serta berkuasa pula mencabut pertolongan Nya jika kamu menyalahi
perintah Nya.
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
via,
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com