Friday 6 March 2020

Al-Imran_43-183


4.3.183.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 183:


Ringkasan tafsir;

Alkisah orang Yahudi mendatangi Rasulullah dan mengatakan, bahawa Allah ada mewahyukan kepada tuan sebuah kitab, demikianlah juga Allah telah pun menjanjikan kepada kami dalam kitab Taurat supaya kami jangan beriman dengan seorang Rasul sehingga Rasul itu membuatkan kami korban dimakan api, dan api itu mempunyai suara yang halus ketika turun dari langit, dan sekiranya tuan dapat mengadakan korban sedemikian rupa, kami pun mahu mempercayai tuan.
 
Maka Allah menurunkan ayat ini, Allah mendengar orang yang berkata-kata demikian, dan Allah menyuruh Rasul mencela mereka yang mempunyai perkerti mendustakan kata-kata mereka sendiri, bukankah telah banyak Rasul yang diutuskan kepada bani Israel sebelum Muhammad,  Rasul yang terdahulu telah diberkat dengan mukjizat untuk membuktiakn kebenaran mereka sebagai Rasul, tetapi mengapakah kamu tidak mahu beriman bahkan Rasul-Rasul itu kamu bunuh. Sikap kasar pekerti yang kejam dikalangan bani Israrel ada disebut dalam kitab Taurat.
 
Tiadalah harian jika kamu juga berdegil dengan seruan Muhammad, meminta perkara yang sama kepada Nabi dan Rasul yang terdahulu kerana sememangnya kamu adalah dari keturunan  bani Israel dizaman dahulu.
 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com