Thursday, 5 March 2020

Al-Imran_4-3-173


4.3.173.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 173:


Ringkasan tafsir;

Alkisah apabila tentera musyrikin meninggalkan Uhud seraya berkata, ya Muhammad kalau mahu dilain musim kita akan bertemu lagi di Badar. Dan jawab nabi pula, itu antara kami dan engkau, InsyaAllah. Apabila sampai pada musim tersebut maka pasukan Musyrikin bergerak  dari Mekah ke Badar untuk pergi berperang dan bila sampai dipertengahan jalan kampung Majinnah tiba-tiba mereka batalkan rancangan mereka dan berpatah balek ke Mekah. Dalam perjalanan dan sampai ke Kota Mekah, ketua tentera Musyrikin bertemu salah seorang di Mekah supaya pergi ke Madinah untuk memberi khabaran dakyah kepada penduduk Madinah supaya orang-orang Madinah merasa takut dan gerun kepada pasukan tentera perang Musyrikin. Khabaran dakyah mereka itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada penduduk Madinah dan hanya sedikit sahaja yang termakan dakyah orang Musyrikin itu.
Lalu pasukan tentera yang dipimpin oleh Rasulullah keluarlah menuju ke Badar tempat yang dijanjikan oleh ketua Musyrikin untuk bertemu berperang disana. Tapi malangnya tentera Musyrikin telah pun pulang awal kerana takutkan tentera Islam pada masa itu. Oleh itu peperangan tidak berlaku dan para pasukan tentera Islam dalam pada itu mulalah membuka dagangan disana dan membawa keuntungan besar dan membawa pulang ke Madinah.
Kesimpulan ayat ini ialah kata-kata dusta yang disebarkan oleh musuh dengan tujuan untuk melemahkan pendirian orang Islam Madinah itu sesungguhnya telah menambahkan lagi semangat juang dan keimanan orang Islam.  Apa lagi jika mereka menyakini benar-benar bahawa Allah cukup memelihara dan memimpin orang mukmin dan Allah lah sebaik-baik pemimpin.
 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com