Friday 6 March 2020

Al-Imran_4-3-200


4.3.200.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 200:


Ringkasan tafsir;

Allah menyeru kepada mukmin supaya bersabar berusaha untuk mentaati Allah  dan melaksanakan kewajipan dalam agama. Sabar menghadapi cubaan ganguan cabaran menghadapi musuh sepanjang masa.
 
Adalah menjadi kewajipan mukmin untuk bersiap sedia dengan secukupnya bersama ilmu pengetahuan penuh didada untuk menentang  mereka pada bila-bila masa dalam sebarang keadaan.

Allah telah wasiatkan supaya mukmin bertakwa kepada Nya semoga berjaya memperoleh kemenangan yang abadi dengan masuk syurga dan terselamat daripada neraka.  Mudah mudahan Allah memberi mukmin taufik dan hidayat Nya untuk beramal dengan suruhan Nya.  Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
 





Surah selanjutnya selepas ini ialah
An-Nisa

Via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com