Thursday, 5 March 2020

Al-Imran_4-3-169


4.3.169.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 169:


Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada kaum Muhajirin dan Ansar yang gugur dimedan perang Uhud dan Badar. Janganlah kamu menyangka seperti persangka orang munafik yang tidak percaya kepada hari pembalasan yang mengatakan bahawa orang yang telah terbunuh (syuhada sabilillah) pada jalan Allah itu mati bagitu saja menjadi tanah seperti orang lain yang terbunuh bukan pada jalan Allah. Perasangka yang demikian itu adalah keliru, bahkan mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu sebenarnya hidup selepas saja terbunuh.

Roh dan jasad mereka yang gugur mati  syahid dimedan perang, kerana Allah itu beri penghormatan dengan mendapat rezeki makan minum dan bersedap-sedapan dengan buahan disyurga yang lebih lazat dari halnya sebagai orang yang hidup.

Adapun  badan mereka yang mati syahid itu tidaklah rosak didalam kubur  dan tidak dimakan tanah seperti mayat-mayat yang lain.

Diriwayatkan apabila Nabi lalu dan melintasi kubur mereka itu, Nabi ada bersabda; “Aku naik saksi bahawasanya mereka ini menjadi saksi (syuhada) disisi Allah pada hari kiamat, dan datangilah dan ziarahilah kubur mereka serta berilah salam keatas mereka”.
 


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com