Thursday, 5 March 2020

Al-Imran_4-3-166


4.3.166 ~ 167.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 166~167:


Ringkasan tafsir;

Allah menjelaskan bahawa semua kemalangan luka-luka terbunuh dan tewas dalam peperangan Uhud antara tentera Islam dan musyrikin telah pun ditakdirkan dan ditetapkan oleh Allah mengikut sebab dan musababnya, maka janganlah disedihkan oleh orang yang beriman.
Mereka yang menarik diri dari pasukan perang itu, mengaku beriman hanya dimulut sahaja dan bukan dihati mereka, dan bagi mereka sifat bohong dusta itu menjadi pakaian mereka sehari-hari untuk menutupi isi hati mereka yang busuk dengaki khianat.  Maka sudah barang tentu apa yang mereka tutupi dan sembunyikan itu dapat diketahui oleh Allah kerana Allah amat mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.

 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 
via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com