Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-191


4.3.191.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 191:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat terdahulu (4.3.190).  Orang yang mengingati Allah itu ialah mereka yang tidak lalai cuai dari mengingati Nya pada keseluruhan waktu siang dan malam. Walau bagaimana pun jika hanya sekadar mengingat Allah sahaja pun tidak cukup, bahkan hendaklah MEMIKIRKAN pula tentang kejadian langit dan bumi, dengan yang demikian itu maka lebih berkesanlah lagi didalam mengingati Allah.  Oleh itu janganlah terlalu memikirkan tentang zat Allah semata-mata malah fikirkan lah tentang kejadian dan makhluk yang dijadikan oleh Allah.

Ayat ini menjadi panduan kepada manusia;
1. Mukmin hendaklah mengekal mengingatkan Allah sepanjang masa, samada dalam keadaan berdiri duduk dan berbaring.
2. Mukmin tidak boleh meninggalkan sembahayang dan mesti dikerjakan dalam apa cara sekali pun samada dalam keadaan berdiri, duduk dan baring.
3. Mukmin diajar adab berdoa hendaklah dimulai dengan mengingati dan memuji Allah terlebih dahulu kemudian barulah minta apa yang dihajatinya.
4. Mukmin hendaklah memikirkan tentang kejadian alam (langit dan bumi) dan segala isinya supaya menjadikan mukmin lebih yakin tentang kekuasaan Allah dan takut kepada Allah.

“Ya Allah, Tiadalah Engkau jadikan ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”.
 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com