Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-181


4.3.181.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 181:


Ringkasan tafsir;

Diriwayatkan bahawa Nabi telah menghantar utusan mengarahkan sahabatnya membawa pesanan kepada orang Yahudi, dan sahabat nabi  pergi dan menyeru kepada ketua kaum Yahudi yang sedang berdakwah dikalangan mereka seraya berkata, berimanlah dan takutlah engkau kepada Allah dan masuklah Islam sesungguhnya engkau telah pun mengetahui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah seperti tertulis dalam kitab Taurat. Dan berilah hutang Allah dengan piutang yang baik nescaya dimasukkan engkau oleh Allah kedalam syurga dan dilipatgandakan Nya bagi mu pahala.   

Maka jawablah orang alim Yahudi itu, engkau mendakwa bahawa Tuhan meminta supaya kami memberinya kepada Nya piutang dari harta kami, tidak ada orang yang meminta diberikan kepada piutang melainkan dia itu meskin dan berhajat.  Kalau betul  apa yang engkau katakan itu maka sesunggahnya Tuhan itu meskin dan kami orang kaya.  Maka sahabat Nabi terus marah dan mengatakan, demi Allah di diri ku ini berada didalam kekuasaaan Nya, seandainya tidak terikat dengan janji persetiaan antara kita  nescaya ku penggal leher mu wahai orang-orang alim Yahudi musuh Allah. Berita ini telah sampai kepengetahuan Nabi dan nabi seraya bertanya kepada sahabanya apakah ini benar. Ya benar dijawab oleh sahabat Nabi.
Bagi menjawab kedustaan orang alim yahudi itu maka turunlah ayat ini bagi memberi jawapan kepada mereka yang engkar kepada ayat Allah. Allah mengancam dan akan menulis kata-kata mereka itu sebagai pendusta dalam buku amalan yang bakal menerima seksa diakhirat. Dan peristiwa zaman dahulu yang dilakukan oleh nenek moyang mereka telah membunuh para nabi-nabi dengan kejamnya, juga akan dimasuk didalam buku amalan mereka, balasan kepada mereka itu ialah seksa yang membakar dan kekal dineraka selamanya sebagai balasan kekejaman mereka itu kepada para nabi-nabi. 
 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com