4.3.190.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 190:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
menganjurkan kepada manusia supaya memikirkan kejadian langit dan bumi berserta
segala isinya, dan memikirkan peredaran malam dan siang yang berjalan teratur
dengan tetap dan sedikit pun tidak berselisih antara satu sama lain. Semua ini tidak akan terjadi dengan
sendirinya, bahkan ada pencipta yang mengatur tadbir alam ini. Maka tidak syak lagi perkara ini diambil dan diterima
oleh orang yang berakal dan takut kepada Allah.
Diriwayatkan,
bilal melihat Rasul menangis disejadah mohon ampun sepanjang larut malam hingga
subuh, seraya bertanya, adakah tuan menangis mohon ampun pada hal Allah telah
pun mengampunkan dosa tuan yang lalu dan akan datang ? Maka Rasul menjawab, hai bilal tidak kah
patut aku menjadi seorang hamba yang berterima kasih?. Betapa aku tidak menangis manakala Allah
telah turunkan wahyu kepada aku “celakalah orang yang mambacanya sedang ianya
tidak memikirkan isi kandungan nya”.
Diriwayatkan,
orang Quraisy telah didatangi oleh Yahudi seraya bertanya, apakah
tanda-tanda dibawa oleh Musa ? maka
Yahudi menjawab, tongkat dan tangan yang putih bercahaya. Kemudian didatangi
pula oleh Nasrani seraya bertanya, bagaimana pula keadaan Isa ? maka Nasrani menjawab, Isa telah menyembuhkan
penyakit dan menghidupkan orang yang telah mati. Selepas itu didatangi pula Muhammad, seraya
berkata, mintalah kepada Tuhan mu supaya menjadikan bukit sofa itu emas untuk
kami”, maka Rasul pun berdoa kepada
Allah, lalu turunlah ayat ini “maka hendaklah mereka fikirkan kandungan nya”.
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
via,
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com