Wednesday 4 March 2020

Al-Imran_4-3-161


4.3.161.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 161:


Ringkasan tafsir;

Setelah Allah menerangkan tentang nikmat berjihad pada jalan Allah pada ayat-ayat yang lalu, maka di iringi pula ayat ini yang menerangkabn hukum berjihad, antaranya ialah dilarang membuat khianat dan menggelapkan harta rampasan dalam pembahagian harta rampasan tersebut.
Maksud ayat ini ialah Allah menafikan tuduhan orang kufur yang mengatakan bahawa Nabi telah berkhianat. Tiadalah sekali-kali Nabi itu berlaku curang khianat mengadakan penggelapan dalam pembahagian harta rampasan. Kerana Allah menjamin kesucian Rasul yang menjadi utusan Nya daripada sifat yang keji cemar yang tidak layak dengan anugerah kenabian dan rasul itu.
Ayat ini memberi amaran kepada pemegang amanah dan pentadbir dan pemerintah yang diberi tanggung jawab untuk memegang sesuatu amanah hendaklah memeliharanya dengan baik dan membelanjakan dan membahagikan dengan sama rata jujur lurus adil kepada yang berhak mengikut ketentuan dan ketetapan yang telah diamanahkan kepada mereka.
 


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 
via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com