Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-180


4.3.180.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 180:


Ringkasan tafsir;

Ayat yang terdahulu jelas menyatakan bahawa berjihad mengorbankan nyawa pada jalan Allah akan mendapat nikmat syurga, dan dalam ayat ini pula menganjurkan supaya berjihad dengan mengerobankan hartanya, lalu diterangkan disini ancaman Allah kepada orang yang lokek dan bakhil. Allah memperingatkan kepada orang yang dikurniakan harta kekayaan yang melimpah luah supaya janganlah berlaku bakhil.
Mereka dituntut untuk mengeluarkan zakat hartanya dan bersedekah untuk menyelamatkan segolongan fakir miskin daripada mati kelaparan sebagai mensyukuri nikmat Allah. Bakhil ini membawa maksud tidak mahu berterima kasih kepada Allah dan ini adalah satu sikap yang tidak layak dilakukan oleh orang yang berakal.
Balasan diakhirat kepada mereka yang bakhil itu ialah akan memikul dan digantung semua hartanya pada leher mereka bagaikan seekor ular yang bernama syuja’agro mempunyai dua titik hitam diatas matanya melingkari keliling lehernya.
Harta kekayaan tidak akan kekal selamanya kepada manusia dan akan berpindah dari waris kepada waris yang lain dan akhirnya waris itu juga akan mati meninggalkan harta tersebut. Oleh itu ingatlah bahawa Allah jualah kepunyaan Nya langit dan bumi. Tidak ada amalan kamu yang tersebmunyi disisi Allah, melainkan diketahui Nya dan kemudian diberi balasan mengikut kadar amalam tersebut.
 
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com