Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-178


4.3.178.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 178:


Ringkasan tafsir;

Orang munafik menyangka bahawa mereka telah dilanjutkan umurnya oleh Allah  merupakan kebaikan bagi diri mereka dan menyangkakan yang demikian itu satu keuntungan dan bernasib baik.
Sangkaan mereka itu adalah salah sama sekali, kerana peluang yang diberikan itu adalah tidak dipergunakan  untuk menambahkan kebaikan dan mensucikan diri dari syirik dan tidak membersihkan diri dari kejahatan maksiat dan dosa, kerana orang munafik ini didorong oleh  rasa kekufuran berbangga diri. Sesungguhnya mereka yang munafik itu akan mendapat merasai seksa kehinaan diakhirat
Oleh itu kita umat Islam haruslah tidak mengikut jejak langkah orang-orang munafik itu, dan haruslah sadar bahawa “orang yang lebih itu adalah golongan yang panjang umur dan baik amalan mereka”, dan “orang yang jahat itu adalah dari golongan yang panjang umurnya dan buruk amalannya”.


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]

 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com