Friday 6 March 2020

Al-Imran_4-3-174


4.3.174.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 174: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas (4.3.173),  manakala tentera Islam telah keluar untuk berperang menepati janji untuk menemui musuh di Badar, maka mereka telah kembali pulang dengan mendapat nikmat Allah iaitu keselamatan dari bahaya musuh dan tidak ada yang terbunuh dan tidak ada pula yang luka, dan mereka mendapat keuntungan dalam perniagaan dan tiada pula ditimpa oleh sesuatu bahaya.  Mereka itulah yang mengikut apa jua perintah baik dengan perkataan mahu pun dengan perbuatan, yang diredai oleh Allah.
Dan Allah mempunyai kurnia yang besar dengan menambahkan keimanan mereka dan memberikan taufik kerana rela berperang.
 

[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com