Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-187


4.3.187.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 187:


Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani supaya ingat kembali perjanjian persetiaan dengan Allah melalui perantara Rasul yang telah diutuskan oleh Allah kepada mereka. Mereka telah diberi tugas menerangkan kepada manusia akan isi kitab yang sebenarnya supaya dapat difahami oleh umat manusia dan jangan sekali-kali mengubah meminda tafsiran kitab itu hingga mengelirukan dan bersalahan tujuan asal kitab itu.
 
Tapi malangnya mereka telah menyembunyikan mengubah menukar ayat-ayat dari kitab itu mengikut selerea demi kepentingan dan kedudukan nya mengejar pangkat dan jawatan hingga sanggup melempar serta melanggar persetiaan dengan Allah.
 
Mereka telah memperjual belikan ayat-ayat dari kitab itu dengan harga yang murah dengan mengubah meminda isi kadungan untuk memperoleh keuntungan diri mereka serta memuaskan nafsu diatas muka bumi. Maka sesungguhnya perbuatan mereka itu adalah sejahat-jahat perbuatan.

Ayat ini sebenarnya telah menyindir umat Islam terutamanya kepada pembesar dan pemimpin-pemimpin masyarakat dan Negara yang meniru sikap seperti ahli kitab yang membelangkangkan Al-Quran.  Quran itu hanya dibaca sekadar bacaan sahaja untuk mendengar kemerduan ayat itu, dan muslimin masih belum dapat menyampaikan isi kandungan ayat itu, dan ramai yang masih gelap tentang isi kandungan ayat tesebut berupa nasihat, ancaman, kata-kata hikmah dan berbagai rahsia yang amat berharga untuk kebahagian hidup didunia dan akhirat. 
 
Ayat ini menjadi bukti tentang wajibnya keatas orang Islam memahami isi kitab AlQuran dan memberi penerangan menyeru kepada kebaikan dengan cara menyuruh memperbuat kebajikan dan melarang daripada kejahatan dan mereka itu akan mendapat kemenangan, (4.3.104).
 
Adapun maksud menyampai isi kitab itu ada dua cara;
1. Berdakwah kepada kalangan yang berlum beriman supaya mereka itu memeluk agama Islam secara beramai-ramai. 
2. Berdakwah kepada mukmin dari anggota keluarga dan seluruh muslimin muslimat supaya mereka semakin dekat jinak kepada agama dan semakin patuh mengikut ajaran Al-Quran.
 

[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com