4.3.188.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 188:
Ringkasan tafsir;
Setelah
penerangan dalam ayat diatas (4.3.187) tentang perkerti ahli Kitab yang
berjanji untuk kembali kepada perjanjian persetiaan dengan Allah, tetapi
malangnya mereka lempar perjanjian itu kebelakang mereka serta tidak beramal
malah menjual ayat-ayat dengan harga murah untuk kepentingan diri mereka.
Ayat ini
pula menceritakan pula pekerti merkea
yang lain, yang mana mereka menyangka mereka gembira melihat hasil ciptaan
berjaya mengtakwil dapat mengubah isi kitab sehingga boleh mengelirukan orang
dan mereka berbangga kerana dipandang sebagai orang yang alim dari kalangan
mereka dan suka dipuji digelar sebagai orang hafal kitab-kitab Allah, pada hal
mereka tidak menepati dengan gelaran tersebut kerana tidak satu pun amalan yang
dibuat itu untuk kebaikan malah amalan yang dibuat menepati dengan kepetingan
nafsu ketua-ketua pemimpin mereka.
Ingat,
janganlah mereka menyangka bahawa mereka akan terlepas dari seksa Allah bahkan mereka tetap akan mendapat seksa yang
pedih diakhirat.
Oleh itu
orang mukmin adalah bertanggung jawab untuk menerangkan isi kitab Allah kepada
manusia seluruhnya dan menyedari bahawa mereka adalah dilarang menyembunyikan
isi AlQuran yang sebenarnya.
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
via,
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com