Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-179


4.3.179.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 179:


Ringkasan tafsir;

Tiadalah Allah membiarkan orang mukmin berkeadaan  seperti orang kafir dan munafik didalam pergaulan masyarakat bagi membezakan orang yang jahat  dan orang yang baik. Perbezaan baik dan jahat telah terserlah apabila berlakunya peristiwa perang Uhud yang mana Mukmin masih teguh iman dan tidak tergoncang pendirian menerima cubaan itu, sedangkan orang munafik ketika itu terbukalah nifak nya dan tersingkaplah kepalsuan  iman  nya.

Allah tidak akan menyampaikan perkara ghaib kepada sebarang orang, tetapi hanya memilih diantara rasul-rasul yang disukai Nya, oleh itu percayalah kepada Allah dan Rasulnya, maka bagi mu akan mendapat balasan pahala yang besar disyurga. Ini adalah sebagai jawapan kepada kafir quraisy yang mencabar Nabi, “jika kamu benar, khabarkan lah kepada kami siapakah yang beriman dan siapa pula orang yang tidak beriman”.


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]

 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com