4.3.185.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 185:
Ringkasan tafsir;
Kematian
itu adalah perpisahan nyawa dan jasad, tetapi nyawa itu tidaklah mati bersama
jasad, maka itulah sebabnya kematian itu dapat dirasakan oleh manuisa apabila
sudah tiba ajalnya.
Setiap
amalan baik dan buruk akan mendapat upah masing-masing dihari kiamat, dan ada
juga upah itu diberi didunia dengan tidak bertangguh lagi sebagai pengajaran
kepada manusia. Roh orang yang baik itu akan menikmati syurga dan roh orang
yang jahat itu pula akan merasai seksa neraka.
Orang
yang terhindar dari seksa neraka adalah orang yang berusaha untuk memperoleh
pahala, dan manusia itu tidak dapat masuk syurga sebelum ia menjauhkan diri
dari neraka. Oleh itu sebelum dapat mengalahkan nafsu jahat yang sentiasa ajak
ke neraka maka selama itulah sukar baginya untuk masuk syurga.
Ayat ini
juga mengingatkan kepada manusia bahawa janganlah lalai dengan kelazatan
kemewahan didunia dan jangan lupa kedudukan diri sebagai manusia yang mesti
memperlengkapkan diri dengan serba serbi ilmu pengetahuan dan menghiasai diri
dengan budi pekerti yang mulia serta akhlak yan g tinggi.
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
via,
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com