Thursday, 5 March 2020

Al-Imran_4-3-172


4.3.172.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 172:


Ringkasan tafsir;

Alkisah dalam perang Uhud setelah pasukan Musyrikin menang dan dalam perjalanan pulang ke Mekah sampai di Rauha, pasukan musyrikin berselisih pendapat menempelak sesama sendiri mengapa mereka tidak membunuh Nabi pada waktu itu, kemudian sebahagian mereka bersetuju untuk menyerang sekali lagi kota Madinah. Rancangan mereka itu diketahui oleh Rasul dan mengerahkan pasukan Islam Madinah bersiap sedia untuk menyerang balas tentera musyrikin itu dan apabila sampai di  Hamarul Asad, maka pasukan Musyrikin yang berada di Rauha itu beredar berpatah balik pulang  ke Mekah.

Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa orang yang berbuat kebaikan dengan mengerjakan ketaatan serta takut kepada Allah dan tidak menyalahi  Nya, mereka akan mendapat pahala yang amat besar dan masuk syurga.


[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]
 

via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com