Friday, 6 March 2020

Al-Imran_4-3-200


4.3.200.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 200:


Ringkasan tafsir;

Allah menyeru kepada mukmin supaya bersabar berusaha untuk mentaati Allah  dan melaksanakan kewajipan dalam agama. Sabar menghadapi cubaan ganguan cabaran menghadapi musuh sepanjang masa.
 
Adalah menjadi kewajipan mukmin untuk bersiap sedia dengan secukupnya bersama ilmu pengetahuan penuh didada untuk menentang  mereka pada bila-bila masa dalam sebarang keadaan.

Allah telah wasiatkan supaya mukmin bertakwa kepada Nya semoga berjaya memperoleh kemenangan yang abadi dengan masuk syurga dan terselamat daripada neraka.  Mudah mudahan Allah memberi mukmin taufik dan hidayat Nya untuk beramal dengan suruhan Nya.  Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
 





Surah selanjutnya selepas ini ialah
An-Nisa

Via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com 

Al-Imran_4-3-199


4.3.199.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 199:
 



Ringkasan tafsir;

Ayat sebelum ini telah menerangkan hal keadaan orang kufur yang akan masuk neraka dan mukmin pula masuk syurga,  maka dalam ayat ini menyebut pula tentang ahli kitab yang taat kepada  Allah.


Sebahagian dari mereka dari golongan ahli kitab yang telah tunduk mengikut petunjuk kitab terdahulu dan mengikut petunjuk Quran, maka mereka itu akan mendapat pahala dan sesungguhnya Allah itu sangat lekas mengira.
 

Ada pun segelintir ahli kitab yang disifatkan sedemikian adalah seperti berikut;

1. kerana mereka beriman kepada Allah dan tidak dipengaruhi  oleh pengaruh syirik.

2. dan beriman dengan kitab terdahulu yang diturunkan sebelum ini.

3. dan beriman dengan apa yang diturunkan dari langit melalui Muhammad (Al-Quran).

4. dan merendah diri khusyuk sebagai seorang  beriman yang sejati dan bertakwa kepada Allah.

5. dan tidak jadikan ayat Allah itu seagai barang dagangan dengan meminda dan mengubah isi ayat tersebut untuk kepentingan dan keuntungan diri mereka

[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Tafsir Jawi]

Via, 
nhance2u@yahoo.com.my
nhance2u.MaafkanKami@blogger.com